Sabtu, 7 November 2009

Baca dan renung sejenak

Selamat Datang Ke Laman Blog Takaful System

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Laman ini adalah milik peribadi dikendalikan oleh Mad Hayazi Bin Harun. Terlebih dahulu ingin saya memberitahu tujuan saya menyediakan laman ini. Laman ini dibina untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang keperluan takaful.

Menurut statistik kebanyakan peserta insurans adalah orang Cina dan India sedangkan orang Melayu tak sampai pun 10% mempunyai sebarang perlindungan takaful atau insurans. Mungkin ini berlaku kerana orang Islam (orang Melayu khususnya) beranggapan bahawa insurans hayat ini semuanya haram dan seolah-olah mereka menggadaikan nyawa.
.
Namun berapa ramai dari kita yang sedar, kalau sesuatu musibah (hilang upaya atau kematian) berlaku kepada kita sedangkan kita tidak ada sebarang perlindungan. Di mana kita/tanggungan kita akan mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan kita? Adakah kita hanya berpegang kepada pepatah lapuk "untung sabut timbul, untung batu tenggelam"? Atau hanya berserah kepada takdir semata-mata tanpa sebarang usaha?

Memandangkan sekarang kita sudah ada produk insurans secara Islam inginlah saya menerangkan kepada pengunjung laman ini yang mungkin belum mengetahui kenapa pentingnya kita ada perlindungan takaful.

Antara matlamat penubuhan takaful adalah:
menyediakan perlindungan takaful iaitu insurans secara Islam.
menyediakan skop perlindungan yang lebih menyeluruh. Mungkin ada yang berpendapat tidak perlu lagi mengambil takaful kerana sudah membuat caruman PERKESO (SOCSO). Namun perlu diingat di sini, PERKESO hanya memberi perlindungan di tempat kerja bukan di luar kerja.
menyediakan simpanan untuk hari tua.
menyediakan perlindungan dan simpanan untuk pendidikan anak-anak.
Antara kebaikan mengambil pelan perlindungan takaful keluarga:

Anda diberi pampasan jika terlibat dalam kemalangan, dimasukkan ke hospital, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal.
Keluarga yang anda sayangi akan menerima pampasan atas kematian anda. Wang yang diterima boleh digunakan untuk pelbagai perkara, contohnya: membayar upah haji untuk anda yang mungkin tidak sempat menunaikan haji sewaktu hidup, membayar hutang anda yang belum dijelaskan, membolehkan tersayang meneruskan kehidupan tanpa perlu meminta belas ikhsan orang ramai, dan membolehkan anak anda meneruskan pengajian mereka.
Menyediakan harta (aset) segera. Katakan anda mengambil pelan takaful dengan jumlah perlindungan sebanyak RM300,000. Amaun ini akan dibayar kepada anda bila-bila masa anda ditimpa musibah. Andaikata anda baru menyertai pelan takaful selama 3 bulan, tiba-tiba anda ditimpa kemalangan lalu lumpuh. Anda akan diberi pampasan secara berperingkat-peringkat sehingga selesai RM300,000 tadi dibayar kepada anda. Memanglah RM300 ribu mungkin tidak banyak kepada sesetengah orang tapi ia lebih baik dari tiada langsung bukan? Kalau anda mahu menyimpan di bank berapa lamakah masa yang anda akan ambil untuk menyimpan jumlah tersebut?
Takaful ada menyediakan pelan perlindungan berserta simpanan contohnya Etiqa Takaful Mesra dan Etiqa Takaful Prima (sebenarnya banyak lagi pelan ET yang mempunyai simpanan). Pelan perlindungan berserta simpanan sebenarnya elok untuk individu yang berpendapatan rendah (kurang dari RM10,000 sebulan). Ini kerana apabila kontrak takaful itu tamat, peserta akan menerima pulangan dari tabung simpanan yang ada dalam pelan tadi. Bagi peserta yang mengambil pelan perlindungan semasa usia muda (bawah 28 tahun) dan tamat tempoh ketika usia 55 tahun ke atas, biasanya akan menerima pulangan lebih dari apa yang mereka sumbangkan ke takaful. Ini kerana wang yang anda sumbangkan dilaburkan dalam urusniaga yang halal. Keuntungannya dikongsi dengan anda.
Etiqa Takaful Prima memberikan pulangan setiap 3 tahun sekali di mana wang itu boleh dilaburkan, melancong, mengubahsuai rumah atau sebagainya.

Produk Takaful Keluarga

Buat masa ini Etiqa Takaful menyediakan beberapa jenis produk seperti berikut:

ET Mesra - menyediakan perlindungan dan simpanan untuk individu.
ET Prima - menyediakan perlindungan dan simpanan. Juga memberikan wang tunai setiap 3 tahun.
ET Warisan - menyediakan perlindungan dan simpanan.
ET Ehsan - menyediakan perlindungan dengan bayaran sumbangan yang rendah.
ET Sakinah
ET Sarjana - menyediakan perlindungan dan simpanan pendidikan untuk anak anda.


ET MESRA

PENGENALAN PELAN

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 2 minggu hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.


MANFAAT ASAS

Peserta/waris peserta akan mendapat pampasan apabila berlaku perkara-perkara seperti berikut:

Kematangan
Peserta akan mendapat wang simpanan bila tempoh kontrak telah tamat.

Keilatan Kekal Menyeluruh (sehingga umur 65 tahun sahaja) - peserta akan dibayar sehingga jumlah perlindungan bila berlaku perkara-perkara berikut:

(a) Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang peserta (diri yang dilindungi) daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan untuk mendapatkan upah, pampasan atau keuntungan, dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan.

(b) Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali; atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.

Perhatian: Untuk pelan juvana, hanya perkara 2(b) sahaja yang terpakai.

Kematian (kematian atas sebab biasa atau kemalangan)
Waris peserta akan dibayar pampasan yang menyamai jumlah perlindungan. Andaikata peserta telah mengambil pelan ET Mesra dengan jumlah perlindungan RM100000, waris akan dibayar jumlah tersebut beserta dengan wang simpanan takaful jika ada.


PERLINDUNGAN TAMBAHAN (RIDER)

Oleh kerana pelan asas ET Mesra hanya memberi perlindungan atas sebab keilatan kekal menyeluruh dan kematian sahaja, bakal peserta digalakkan untuk mengambil perlindungan tambahan untuk memastikan peserta mendapat pampasan yang sewajarnya. Walaupun sumbangan untuk pelan tambahan ini ditabarru'kan (diterima sebagai derma sepenuhnya), ianya memberikan skop perlindungan yang lebih luas yang mungkin tidak ada pada pelan asas.

Di antara pelan perlindungan tambahan yang disediakan dengan ET Mesra ialah:

Rider Bertempoh (Umur penyertaaan untuk dewasa antara 18-60 tahun manakala juvana antara 1-17 tahun)
Menambahkan lagi nilai pelan asas, skop perlindungan sama seperti pelan asas.

Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan (Untuk Dewasa 18-55 tahun manakala Juvana 1-17 tahun)
Skop perlindungan adalah untuk kes kematian dan keilatan akibat kemalangan sahaja.

Manfaat Indemniti Kemalangan (Untuk dewasa berumur antara 18-55 tahun sahaja)
Peserta mendapat perlindungan yang lebih luas iaitu bila berlaku sesuatu kemalangan walaupun tidak mencacatkan peserta, peserta berhak mendapatkan pampasan. Contohnya: Semasa bermain bola sepak, kaki peserta terseliuh dan tidak dapat bekerja. Peserta boleh menuntut bayaran pampasan dengan mengemukakan sijil cuti sakit.

Manfaat Hospital (Bagi dewasa berumur 18-55 tahun dan juvana berumur 3-17 tahun sahaja)
Manfaat dibayar bila peserta diwadkan dihospital bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 jam. Sebagai contoh, katakan peserta mengambil pelan MH untuk RM80 sehari, jika peserta diwadkan selama 10 hari, peserta berhak mendapat pampasan sebanyak RM800.

Penyakit Kritikal (Untuk dewasa berumur 18-60 tahun sahaja)
Jika peserta mengambil pelan PK sebanyak RM30000, peserta berhak menuntut pampasan atas kos rawatan sehingga jumlah tersebut bilamana peserta disahkan doktor menghidapi penyakit kritikal seperti barah, sakit jantung dan lain-lain lagi penyakit yang boleh membawa maut.

Manfaat Pembayar untuk Pelan Juvana (Untuk peserta dewasa berumur 18-55 tahun sahaja)
Pelan tambahan ini hanya boleh diambil untuk pelan asas bagi juvana di mana diri yang dilindungi adalah anak peserta manakala pembayar ialah peserta sendiri. Dalam kes ini, apabila peserta meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal menyeluruh, sumbangan atas pelan untuk anak tadi dimansuhkan sehingga pelan asas tadi tamat tempoh.

Hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut 018-7700064 @ 018-7700035

Tiada ulasan:

Catat Ulasan