Khamis, 5 November 2009

Bermula satu langkah dari sejumlah langkah...

Satu perjalanan sentiasa bermula dengan langkah yang pertama. Bermula juga sebuah catatan kerana menyemai hasrat melakar sejarah tersendiri dalam bidang yang sangat diminati.Membina pencapaian apabila berjaya menolong orang lain, lebih ramai yang ditolong lebih berjaya kita.
Kejayaan akan datang dengan usaha yang berterusan, tetapkan hati, jadikan kejayaan orang lain contoh terbaik sebagai panduan. Bagaimana kita membawa diri dalam industri ini cukup penting. Khidmat terbaik dengan bertunjangkan amanah harus menjadi pegangan.
Sebenarnya tidak sukar untuk bersetuju menerima dan mengambil ini sebagai cabaran,kerana bukan kali pertama sebenarnya. Perjuangan tidak kenal putus asa, sebarang kelemahan perlu dibaiki,ilmu adalah ramuan terbaik sebagai penawar. Terima kasih kepada seorang sahabat lama dan syukur kepadaNya kerana dengan izin dan hidayahNya laluan ini terbuka untuk diterokai.Kerana siapa pun kita, kepadaNya kita berserah. Sekian untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan