Sabtu, 15 Mei 2010

Simpanan, Perlindungan Dan Pelaburan

Keperluan insurans/takaful dalam kehidupan

Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi sepanjang hayatnya. Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra).
Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans.
Al-Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN. Maka ETIQA TAKAFUL BERHAD adalah hasil usaha-sama dengan MAYBANK BERHAD.

Insurans dan Takaful sebenarnya sama saja...???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca weblog eTiQA Takaful Berhad. Pada hari ini, saya terfikir untuk menulis serba sedikit mengenai 'Takaful'.

Salah satu soalan yang sering dikemukakan oleh pembaca budiman samada orang Islam dibenarkan mengambil pelan insurans konvensional atau sebaliknya?Persoalan ini timbul kerana ramai yang keliru di antara insurans dan takaful.

Persoalan ini sememangnya satu topik panas dan telah menyebabkan banyak perdebatan berlaku di kalangan wakil insurans & takaful, dan di kalangan masyarakat sendiri. Malahan ada sesetengah wakil Takaful yang begitu beriya-iya menyatakan kononnya insurans & takaful itu berbeza, tetapi sebaliknya ejen dari insurans pula menafikannya.

Bagi menjawab persoalan di atas , anda bukan sahaja perlu mendalami dan mengkaji ilmu insurans itu sendiri, malah anda sendiri sepatutnya perlu mengkaji asal-usul takaful dan memahami konsep takaful itu sendiri tanpa membuat perbandingan dgn mana-mana syarikat insurans mahupun di kalangan syarikat takaful itu sendiri. Apa yang ketara saya lihat di sini adalah pendekatan yang digunakan oleh syarikat masing-masing di samping pelan mereka yang sudah tentunya berbeza.

Ada sesetengah pihak yang mendakwa, ramai di kalangan wakil takaful (part time) yang hanya terikut-ikut kata dari ejen-ejen lain, sedangkan mereka tidak mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang ini. Dakwaan ini walaupun ada benarnya, tetapi seharusnya tidak patut ditujukan kepada umum. Ianya hanya relevan kepada segelintir individu.

Saya secara 'personal', merasakan bahawa produk yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat insurans dan takaful adalah sama(hanya sedikit persamaan jika ada). Sememangnya kedua-dua syarikat ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia, apatah lagi kami di eTiQa bernaung di bawah jenama yang sama.Tetapi, itu tidak bermakna marketing plan kami adalah sama. Di eTiQa sendiri, terdapat 2 syarikat yang dikenali dengan eTiQa Insurans & eTiQa Takaful. Bagi yang mengikuti perkembangan kami, tentunya anda tahu membezakan antara keduanya di mana syarikat eTiQa Insurans dahulunya dikenali sebagai MNI, manakala eTiQa Takaful dikenali sebagai Takaful Nasional Berhad.

Saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai syarikat insurans kerana pasti ada yang akan mempertikaikan 'ilmu' saya dalam bidang berkenaan. Jadi , saya memilih untuk berkongsi kepada anda semua akan Definisi & Konsep Takaful supaya anda dapat membezakan akan kedua-duanya.

Definisi Takaful

Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan "Takaful" ialah 'kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana "Takaful" merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala', maka ianya juga bererti ' saling menjamin, menjaga atau memelihara'.

Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.

Konsep Asas Takaful

Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru'

Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.

Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.
Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.

Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.

Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah

Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.

Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.


Hayati dengan sepenuh hati



Surah Al-Baqarah: 180“Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah kamu membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa”

HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”



Renung sejenak:

“Seseorang tidak dapat mengenal pasti kepentingan sebenar saat-saat tertentu dalam hidup sehinggalah ia sudah terlambat”


Katahui lebih lanjut dengan .............

E-mail takafulsystem@yahoo.com
hayaziharun@gmail.com


SMS dengan menaip etiqa nama t/lahir bajet ke 0105150604

Jumaat, 14 Mei 2010

Mana wang simpanan dalam Etiqa pergi...

AKAUN PESERTA - AKAUN KHAS PESERTA
Baru-baru ini seorang rakan bertanya bagaimana untuk berhenti dari takaful? Jawapannya - dapatkan borang - isi - sign - hantar pada eTiQa - sama ada melalui ejennya sendiri - atau ejen lain yang baik hati untuk uruskan atau datang sendiri ke customer service center eTiQa.

Jadi rakan ini tanya lagi - kalau berhenti berapa banyak duit akan dapat semula? Jawapannya - jumlah terkumpul dalam akaun peserta (savings) setelah ditambah mudharabah. Nilai sebenar savings - bergantung pada berapa banyak sumbangan dan jenis pelan yang dia sertai.

Jadi saya terangkan kepada dia - kalau polisi belum sampai 5 tahun savings dia memang tak banyak. Cuma lebih kurang 45% daripada jumlah sumbangan asas yang telah dibayar selama 5 tahun. Kalau belum 4 tahun lagi sikit - 35% jumlah sumbangan asas.

Lalu rakan ini pun terkejut - saya tak terkejut pun dia terkejut - sebab memang ramai orang tak ambil kisah ke mana pergi duit dia bila dia masuk apa² skim kewangan. Tak kira la insuran, takaful, unit trust, etc..

Mengapa dalam 5 tahun cuma ada 45% sahaja dalam savings? Mana pergi duit lain?

Dalam pelan takaful ada 2 tabung - tabung akaun khas peserta(AKP) dan tabung akaun peserta(AP). Bayaran sumbangan takaful dari peserta (pemegang polisi) akan diagih ke dalam kedua² tabung ini menurut peratusan tertentu yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

AKP - merujuk kepada tabung derma atau tabarru'. AKP menyimpan duit yang akan dibayar sekiranya ada peserta yang ditimpa musibah dan membuat tuntutan.

AP - merujuk kepada tabung simpanan individu peserta. AP menyimpan duit simpanan yang peserta boleh keluarkan bila-bila masa yang diperlukan bergantung pada jumlah terkumpul. Simpanan yang dikeluarkan tidak perlu dibayar balik serta takkan mengurangkan manfaat takaful peserta. AP akan dipulangkan bila peserta tamatkan polisi atau bila polisi matang atau bila berlaku kematian atau hilang upaya pada peserta.

Bagi kebanyakan pelan takaful yang ditawarkan oleh eTiQa - kebanyakan sumbangan untuk manfaat asas bagi tahun pertama sehingga tahun ke-3 akan disalurkan ke AKP. Ini membolehkan peserta mendapat manfaat perlindungan yang banyak. Oleh itu walaupun baru menyertai selama seminggu - ditakdirkan peserta sakit dan lumpuh - dia akan terima puluhan ribu ringgit (kena refer kontrak plan takaful peserta)

Bermula tahun ke-4 sampai tamat polisi - barulah sumbangan untuk AP lebih banyak daripada AKP. Seterusnya bertambah lah simpanan peserta dalam AP dengan nisbah yang lebih tinggi. Seterusnya selepas 17 - 20 tahun jumlah simpanan akan lebih tinggi daripada apa yang dibayar peserta. Sebab itu wakil² takaful tak galakkan berhenti polisi awal².





SIMPATI - SUKA - DUKA
Just nak share sikit pengalaman sepanjang hari - sedikit kisah simpati, suka dan duka....

KISAH SIMPATI

Tengah hari tadi lunch di McD seksyen 9 Shah Alam, sambil tunggu rakan.Kat McD pun ada plug jd bole bukak laptop (actually jarang makan McD sbb mahal compare dengan kedai biasa kat luar.. hehehe)

Tak lama lepas habis lunch, rakan ni pun sampai - baru lepas uruskan orang rumah dia masuk DEMC (Darul Ehsan Medical Center). Isteri dia kena jangkitan kuman - jadi nak buat ultrasonik check bla bla bla... (panjang cerita kalau nak sampai habis).

At first rakan ni tak la risau sangat sebab isteri dia cikgu, dan ada medical plan Ceupacs Care (kalau tak silap cuepacs pakai insuran Great Eastern) Jadi kisahnya, dia agak terkilan sebab DEMC tak approve Ceupacs Care yang isteri dia ada.. Puncanya - Ceupacs Care dah banyak bulan tak bayar (tak bayar atau lambat bayar - lupa lak) jadi DEMC terminate la as Medical Panel untuk Ceupacas Care..

Rakan ni nak buat check kat situ jugak sebab tanak jangkitan kuman tue makin teruk kalau delay².. jadi mahu tak mahu terpaksa la jugak dia bayar deposit kat DEMC. Tau berapa deposit?? RM 2,000!!! Mase dia cerita tu terpikir jugak "kalau aku yang kene memang aku takde la 2K nak deposit, buat takaful pun baru setahun jagung" Harap wife die cepat sembuh dari jangkitan kuman tue..

Femina Special Untuk Wanita
Femina Special adalah pelan perlindungan komprehensif yang akan melindungi wanita-wanita dari penyakit berkaitan wanita dan kemalangan serta kerugian yang ditanggung berkaitan jenayah. I

Beberapa ciri unik Femina Special termasuk perlindungan terhadap kanser wanita, kehilangan wang tunai yang dikeluarkan dari ATM, jenyah ragut serta perlindungan penculikan. Tambahan lagi, Femina Special juga memberi imbuhan kepada anda yang melahirkan anak kembar dua atau lebih melalui Bonus Kemakmuran Keluarga.

Manfaat-manfaat Femina Special

*Tuntutan bayaran balik bagi nilai sebenar perbelanjaan dan ganti rugi

Tertakluk pada terma pengecualian


Sumbangan

Pelan ini adalah sijil yang diperbaharui setiap tahun


Pembaharuan sijil bagi umur 61 - 70 tertakluk kepada syarat Etiqa Takaful Berhad berpuas hati dengan tahap kesihatan peserta

Sertai pelan perlindungan Femina Special hari ini. Lindungi diri anda, isteri anda, ibu anda, nenek anda, anak perempuan anda, staf wanita anda daripada musibah yang tak dijangka.
Hubungi saya melalui email - takafulsystem@yahoo.com atau telefon 010-5150604 untuk maklumat lanjut dan penyertaan.

Nota Penting
Post ini hanyalah merupakan penerangan ringkas sahaja dan tidak menyeluruh. Untuk butiran lengkap tentang tentang pengecualian, terma-terma dan syarat-syarat sila berhubung terus dengan saya



KONSEP TAKAFUL
Berasal dari perkataan arab Kafalah – saling menjamin atau jaminan bersama.
Konsep Insuran Islam yang memenuhi keperluan muamalat dan syariah Islam
Telah diamalkan lebih dari 1400 tahun dalam pelbagai bentuk
Mula berkembang pada awal abad ke-2 hijrah ketika pedagang Arab berdagang ke Asia. Setiap pedagang menyumbang dana tabung perlindungan. Setiap ahli yang menyumbang akan dijamin pampasan jika mengalami kemalangan atau rompakan lanun dalam perjalanan ke Asia.


SEKADAR INGAT MENGINGATI (KERANA KITA CEPAT MENYALAHKAN SYARIKAT)

ADAKAH SEKADAR "MEMILIKI" PERLINDUNGAN INSURANS / TAKAFUL MEMADAI?
Adakah anda pernah membeli perlindungan insurans konvensional atau menyertai pelan perlindungan takaful? Jika jawapan anda "Pernah" maka anda telah memulakan langkah bijak ke arah perancangan kewangan yang sempurna. Namun jika anda beragama Islam sebaiknya sertailah pelan perlindungan takaful agar terlindung juga dari azab akibat riba, gharar dan maisir dalam insurans konvensional.

Bagi yang tidak pernah memiliki pelan perlindungan insurans atau takaful, nasihat saya ialah sertailah sekurang-kurangnya 1 pelan.

Jika anda menjawab "Pernah" cuba jawab soalan-soalan berikut:-

Adakah perlindungan insurans/takaful anda diuruskan sendiri oleh anda? (Penelitian syarat dan terma, Penyertaan/Pembelian, Pembayaran premium/sumbangan)
Syarikat manakah yang menawarkan perlindungan insurans/ takaful yang anda miliki itu?
Apakah nombor polisi perlindungan insurans/ takaful anda?
Berapa bayaran premium/sumbangan tahunan untuk perlindungan insurans/takaful tersebut?
Bilakah tarikh matang polisi perlindungan insurans/takaful itu?
Apakah jenis manfaat yang anda miliki daripada perlindungan insurans/takaful itu dan berapakah amaun bagi setiap manfaat tersebut?
Adakah anda masih membuat bayaran premium/sumbangan mengikut waktu yang dijadualkan?
Siapakah waris anda yang tahu bahawa anda memiliki perlindungan insurans/takaful?
Jika berlaku musibah yang dilindungi dalam polisi insurans/takaful anda siapakah yang anda atau waris anda boleh hubungi untuk membuat tuntutan?
Apakah risiko-risiko yang dikecualikan dalam perlindungan insurans/takaful anda?

Adakah polisi perlindungan insurans/takaful itu masih aktif?

Sekiranya anda memberi jawapan tidak atau tidak tahu atau entah pada mana-mana soalan di atas sebenarnya niat anda untuk mendapatkan perlindungan kewangan masih belum sempurna. Kenapa?

Jika perlindungan insurans/takaful anda bukan diuruskan sendiri oleh anda, besar kemungkinan perlindungan yang anda miliki tidak mencukupi keperluan anda. Khidmat rundingan yang lebih baik mungkin diberikan jika perunding/wakil/ejen anda merupakan seorang affiliates RFP (Registered Financial Planner). RFP adalah golongan professional yang membantu anda merancang kewangan anda.

Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 10 syarikat insurans dan pengendali takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Sekiranya anda tidak tahu dengan syarikat manakah anda berurusan bagaimana anda hendak membuat sebarang tuntunan kelak? Lebih sukar jika polisi perlindungan tersebut "dibeli" melalui ejen palsu.

Nombor polisi merujuk kepada kontrak perlindungan insurans/ takaful anda dengan syarikat insurans/pengendali takaful. Ia mengesahkan bahawa anda memang memiliki kontrak polisi yang sah. Dengan nombor polisi proses membuat tuntutan adalah lebih pantas. Anda juga mudah membuat semakan pembayaran dengan syarikat insurans/pengendali takaful.

Adalah penting untuk anda mengetahui bayaran premium/sumbangan tahunan sebenar untuk perlindungan insurans/takaful anda bagi mengelakkan penipuan oleh ejen palsu yang mengakibatkan premium/sumbangan tertunggak dan polisi luput. Selain itu penyata bayaran tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat boleh dimanfaatkan untuk mendapat pengurangan ke atas cukai pendapatan anda.

Tarikh matang polisi merujuk kepada tarikh akhir polisi berkuatkuasa ke atas orang yang dilindungi. Mengambil contoh En. Razali menyertai perlindungan takaful yang matang ketika umurnya 55 tahun sedangkan beliau memilih untuk bersara pada umur 58 tahun. Dari perspektif perancangan kewangan jangka panjang, beliau mempunyai risiko kehilangan potensi pendapatan selama 3 tahun antara umur 55 sehingga 58 tahun. Sekiranya ketika 55 tahun pendapatan tahunan En. Razali adalah RM50 000, potensi pendapatannya antara 55 hingga 58 ialah RM150,000. Jika berlaku kematian atau hilang upaya selepas polisi tamat ketika dia belum bersara maka beliau akan kehilangan potensi pendapatan sehingga RM150,000. Sebaliknya jika perlindungan takaful en.Razali matang ketika umur 58, risiko kehilangan pendapatan adalah lebih kecil.




Kebanyakan orang membeli insurans/ menyertai takaful tanpa mengetahui apakah manfaat yang diperoleh daripada polisi itu. Kebanyakan iklan, brochure, flyers, banner menyatakan banyak manfaat yang boleh diperolehi dalam satu polisi. Namun begitu tidak semestinya setiap manfaat yang dinyatakan terkandung dalam polisi anda. Dalam kebanyakan kes kemalangan yang berlaku ke atas pemegang polisi insurans/takaful, mangsa menuduh syarikat insurans/pengendali takaful menipu mereka kerana tidak memberi sebarang pampasan akibat kemalangan tersebut. Namun ketika semakan dibuat ke atas polisi mangsa tersebut, polisi itu hanya memberikan perlindungan asas iaitu, musibah kematian, musibah hilang upaya, dan juga simpanan ketika matang. Dalam kes seperti ini syarikat tidak boleh dipersalahkan kerana tidak tertulis dalam kontrak polisi.

Membuat bayaran premium/sumbangan mengikut jadual adalah penting kerana jika anda ditimpa musibah ketika bayaran polisi tertunggak, syarikat berhak untuk tidak memberi manfaat pampasan kepada anda sehingga bayaran tertunggak tersebut dijelaskan. Terma dan syarat ini termaktud di dalam kontrak setiap polisi insurans/takaful dan ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Anda perlu memaklumkan kepada sekurang-kurangnya 2 orang waris yang boleh dipercayai bahawa anda memiliki perlindungan insurans/takaful. Jika tidak besar kemungkinan waris anda tidak akan membuat tuntutan dan memperoleh manfaat yang sepatutnya mereka terima. Jika berlaku kematian juga besar kemungkinan syarikat tidak dimaklumkan, dan akhirnya polisi insurans/takaful akan luput begitu sahaja kerana bayaran tidak dijelaskan.

Dua cara paling mudah untuk membuat tuntutan. 1 - hubungi perunding/wakil/ejen anda. Dengan cara ini pemegang polisi atau waris tidak perlu bersusah payah berurusan secara terus dengan syarikat kerana salah satu tanggungjawab perunding/wakil/ejen ialah membantu pelanggan membuat tuntutan. 2 - jika perunding/wakil/ejen tidak dapat dihubungi atas sebab tertentu seperti diberhentikan oleh syarikat/berada di luar kawasan liputan rangkaian telefon/meninggal dunia(mereka juga manusia yang akan meninggal apabila ajal tiba), maka hubungi syarikat terus. Kebiasaannya nombor telefon syarikat terdapat dalam buku kontrak atau laman web rasmi syarikat.
Bagi mengelak penipuan oleh orang ramai terhadap syarikat insurans/pengendali takaful, beberapa pengecualian dibuat terhadap beberapa risiko. Sebagai contoh, jika anda memiliki kad perubatan, penghospitalan akibat beberapa penyakit tidak boleh dituntut dalam tempoh 30 hari selepas polisi berkuatkuasa dan bagi penyakit kritikal sediaada pengecualian adalah sehingga tamat tempoh polisi kecuali dinyatakan sebaliknya. Walaubagaimanapun penghospitalan akibat kemalangan tidak dikenakan pengecualian dan boleh dituntut serta merta. Dengan ini dapat mencegah penyalahgunaan kad perubatan.

Memiliki polisi insurans/ takaful yang telah luput atau tidak aktif adalah seperti tidak memiliki polisi. Jika tidak memiliki polisi anda tiada hak membuat tuntutan jika berlaku musibah. Jesture, sangat penting untuk anda memastikan bayaran premium/sumbangan dijelaskan supaya polisi sentiasa aktif dan kewangan anda dan keluarga terjamin.

Sekiranya anda tidak dapat menjawab soalan-soalan di atas, sila semak polisi dan kontrak perlindungan insurans/takaful anda.

Jika anda salah seorang klien saya, hubungi saya untuk di'remind' nombor polisi serta manfaat yang anda miliki.

Jika anda belum memiliki atau ingin menambah perlindungan dan jumlah manfaat, hubungilah saya melalui telefon 010-5150604/018-7700064/018-7700035




Renungan Buat Semua
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
Percayailah cinta pandang pertama.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa...
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon... Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.



--------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!

Anda mungkin telah mempelajari sesuatu darinya


KONTRAK JUAL BELI INSURANS KONVENSIONAL HARAM DAN TIDAK SAH
Kontrak jual beli adalah satu kontrak paling lazim dan merupakan asas bagi kontrak-kontrak lain.

Antara rukun kontrak atau muamalah jual beli dalam Islam ialah:

Penjual dan Pembeli
Ijab dan Qabul
Barang dan Harga
Menurut Islam syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun ini adalah penting dan mesti dipenuhi. Hukum jual beli adalah sah jika sempurna rukun-rukunnya dan tiap-tiap rukun itu sempurna syarat-syaratnya.

Contoh antara syarat-syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

Wujud semasa jual beli
Harta yang bernilai dan bermanfaat
Milikan sah
Mampu untuk diserahkan
Mengetahui kuantiti, jenis dan sifat.
Persoalan tentang ciri-ciri barang dalam kontrak insurans ialah ciri-ciri barang tidak dapat memenuhi syarat jual beli dalam Islam. Maka jika satu rukun tidak dipenuhi maka kontrak jual beli itu adalah tidak sah dan terbatal dengan sendirinya.


--------------------------------------------------------------------------------


Selain itu juga Nabi SAW telah mensyaratkan bahawa apabila bermuamalah di antara dua item ribawi yang sama jenis, ia mesti terikat dengan syarat:

Sama Nilai
Diserahkan ketika muamalah dilakukan
Setiap perbezaan nilai adalah diharamkan apabila pencarum kontrak insurans konvensional mendapat pulangan wang dalam jumlah berbeza daripada nilai wang yang dicarum.

Dalam insurans konvensional penangguhan berlaku iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah syarikat insurans akan membayar jumlah tertentu. Semua kontrak insurans konvensional tidak boleh lari dari kesalahan ini.


--------------------------------------------------------------------------------


BAGAIMANA KONTRAK JUAL BELI INSURANS KONVENSIONAL MENJADI HARAM

Insuran konvensional menggunakan aqad pertukaran milik hartayang mana ia menyebabkan ia dikira sebagai aqad jual beli. Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam :

Penjual
Pembeli
Benda yang dijual
Harga
Dalam konteks insuran konvensional ia seperti berikut :-

Penjual : Syarikat insurans
Pembeli : Pencarum
Benda yang dijual : Jaminan kewangan jika terhadap musibah tertentu.
Harga : RM xxx setahun.
Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat Insurans mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual. Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang RM dengan RM. Ketika itu ia sepatutnya menuruti syarat yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu serah terima dan jumlah yang sama. Bagaimanapun, hal ini sudah tentu tidak akan berlaku, kerana :-

Pembeli (pencarum) akan meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah RM jaminan itu pula hanya akan diberikan kemudian. Ini menyebabkan para ulama menganggapnya sebagai Riba Nasiah.
Si pembeli juga tidak tahu beraparakah nilai jaminan yang bakal diperolehinya. Walaupun nilaiannya telah dinyatakan dalam skim insuran ini, tetapi keperluan aqad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapakah nilai yang akan diperolehinya. Maka sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar'. Malah gharar juga dari sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperolehi benda yang dibelinya.
Ia dianggap judi pula, kerana ia mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperolehi sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.
Beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insurans juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mereka adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba dan Gharar.
Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan: Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.
Majma' al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan Haram samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain-lain daripada jenis harta.
Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' al-Fiqh al-Islami) sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan. Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta'awuni) dan mencadangkan ia sebagai alternatif insurans perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing.
Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bagi menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu

--------------------------------------------------------------------------------

Rujukan:
Islamic Banking and Finance Institute Malaysia, IBFIM
www.zaharuddin.net


----------------------------------------------------------------------

Mengapa perlu pilih ETIQA TAKAFUL

ETIQA TAKAFUL - Pelan Perlindungan Terbaik Untuk Anda






Kami juga ingin memberikan tips-tips terbaik memilih polisi insurans untuk anda iaitu :-

1. Kenalpasti bajet anda untuk memiliki insurans

Serendah Rm80 sebulan pun anda mampu memiliki polisi insurans termasuk simpanan tetap anda.

2. Kenalpasti jenis perlindungan yang anda kehendaki

Adakah anda berisiko untuk terlibat dengan kemalangan ditempat kerja atau jalanraya , anda terdedah dengan penyakit kritikal kerana corak hidup dan pemakanan anda tidak seimbang?

3. Kenalpasti jumlah perlindungan yang dikehendaki

Adakah tujuan anda mendapat manfaat pulangan yang tinggi pada tempoh matang 3 tahun pertama, pulangan yang tinggi pada hari persaraan anda kelak atau perlindungan anda ketika anda bersara awal atau bersara wajib dan paling penting perlindungan rawatan hospital anda

4. Kenalpasti siapakah yang patut anda lindungi


Siapa yang anda paling sayang? Diri sendiri? Anak-anak? Atau keluarga anda?


Kami di Etiqa Takaful kami komited membantu dengan :

1. Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan tabungan dan pelindungan untuk perancangan kewangan hari untuk hari esok

2. Pengeluaran simpanan anda boleh dilakukan tanpa menjejaskan amaun polisi perlindungan

3. Setiap pelaburan dikawal selia oleh majlis pengawasan syariah (Diketuai oleh Dato’ Seri Hj Harussani Bin Zakaria)

4. Pengeluaran zakat pada setiap tahun dan pengecualian cukai pendapatan

5. Khairat kematian

6. Pampasan kemalangan

7. Manfaat Elaun harian hospital dan Cuti Sakit (MC) anda kami akan bayar

8. Manfaat hilang upaya kekal atau cacat pun kami akan bayar

9. Manfaat penyakit kritikal (36 jenis) termasuk semua jenis kanser

Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut:

E-mail: takafulsystem@yahoo.com
hayaziharun@gmail.com
SMS ke 010-5150604/018-7700064/018-7700035

MENGAPA PERLU BERTANGGUH

Selasa, 11 Mei 2010

Bagaimana Untuk Membayar





KAEDAH PEMBAYARAN

1. TUNAI
(Boleh bayar terus ke Cawangan Etiqa berhampiran atau kepada Agen)

2. ONLINE
( www.maybank2u.com.my )

3. KAD KREDIT

4. POTONGAN GAJI MELALUI ARAHAN TETAP BANK
(Standing Intruction)

5. POTONGAN GAJI MELALUI BIRO ANGKASA
(Khas Untuk Kakitangan Kerajaan Sahaja)

Petikan Siaran Akhbar - H1N1

Harian Metro / Jumaat / 21.08.2009Bayar bil rawatan
KUALA LUMPUR: Dua syarikat insurans, Etiqa Insurance Berhad dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd, semalam mengumumkan akan membayar tuntutan yang dibuat pemegang polisi perubatan dan kesihatan mereka sekiranya dimasukkan ke hospital kerana rawatan Influenza A (H1N1). Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Etiqa Insurance, Datuk Aminuddin Md Desa, dalam kenyataan di sini berkata, kemudahan itu berkuat kuasa serta-merta.Beliau berkata, pihaknya sentiasa berpegang pada asas insurans dan takaful iaitu untuk membantu orang ramai kerana H1N1 boleh menjangkiti sesiapa saja. “Oleh itu, dalam masa sukar ini, kami membuat keputusan melanjutkan liputan bagi pemegang pelan perubatan dan kesihatan untuk merangkumi Influenza A(H1N1), sekali gus memastikan tuntutan akan dibayar kepada pemegang polisi yang dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan kerana wabak itu.“Ini akan memberi mereka perlindungan secara fizikal dan daripada segi kewangan,” katanya.
TAKAFUL SARJANA [PENDIDIKAN]


Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkankadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dankesejahteraan anak anda?
Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.Kecemerlangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategik dan digabung dengan perlindungan menjadikan Sarjana sebagai suatu perancanganyang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.

MANFAAT UTAMA.
Manfaat Perlindungan
• Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yangmana terdahulu.
• Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannyayang terkumpul.
• Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Kemudahan Pengeluaran Pendahuluan Biaya Pendidikan.
pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang sebagai pendahaluan biaya pendidikan.

Manfaat Matang
Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
• Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
• Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
• Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
• Rider Manfaat Pendapatan Keluarga (Pembayar Sahaja)
• Tabungan Tambahan.

Kelayakan Penyertaan
Had Umur: Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan: 5 hingga 25 tahun
Umur Pada Tarikh Matang: 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minimum: RM10, 000
Sumbangan Minimum: RM600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).
Pengecualian Cukai Pendapatan. Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

*PentingFakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda

TAKAFUL MESRA


Manfaat Utama
• Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.
• Di akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta terkumpul akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan dari Akaun Pesertadan lebihan Akaun Khas Peserta.
• Sekiranya berlaku kematian, manfaat yang akan dibayar adalah jumlah perlindungan bersama Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan Akaun Peserta.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlahperlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hinggatahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.
• Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan.
• Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukanbukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.Manfaat Perlindungan Komprehensif.

Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Pampasan Kemalangan
• Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
• Rider Manfaat Pembayar – Kontrak Juvana sahaja

Kelayakan PenyertaanHad Umur: 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)Tempoh Penyertaan: 5 hingga 79 tahun
Had Umur Matang: 80 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Sumbangan Minimum: RM600.00 setahun
Lat Sumbangan:• Tahunan• Setengah Tahunan• Suku Tahunan• Bulanan
Perlindungan Minimum: RM10,000
Pembahagian Keuntungan/Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

*Penting
Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda

36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL

PENYAKIT-PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI DALAM POLISI ETIQA TAKAFUL

Salam Buat Semua,Untuk makluman semua, di bawah saya sertakan 36 jenis-jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Critical Illness rider yang boleh disertakan bersama-sama pelan Mesra,Prima, dan pelan-pelan simpanan yang lain.
1.TAKRIF DIAGNOSIS - hendaklah bermaksud diagnosis definitif yang dibuat oleh Pakar Perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti yang diperlukan dalam takrif bagi setiap Penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah dengan disokong oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.Jika terdapat apa-apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, kami akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta/Orang yang Dilindungi dan/atau apa-apa bukti yang digunakan semasa membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang kami lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat Peserta/Orang yang Dilindungi dan Kami.
PAKAR PERUBATAN – Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta/Orang yang Dilindungi itu sendiri, suami/isteri, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan/atau majikan Peserta/Orang yang Dilindungi.

PENYAKIT DILINDUNGI:

1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.
2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.
3 Penggantian Injap Jantung
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.
4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.
5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.
6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.
7. Tumor Otak
BenignaTumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.
8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.
9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.
10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan
11. Penyakit Aizheimer.
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.Aktiviti kehidupan harian adalah:a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.
12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.
13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.
14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.
15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.
16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.
17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.
19. Hilang PendengaranHilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.
20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.
21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.
22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:a) Pemindahan produk darahb) Agen perangsang sumsumc) Agen imunosupresifd) Pemindahan sumsum tulang
23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)Permukaan tubuh
25. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.
26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.
27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:a)Demam kuning yang kekalb)Asites; danc)EnsefalopatiPenyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.
28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dand)Demam kuning yang semakin teruk.Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.
29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; danb)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; danc)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.
30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.
32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.
33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular
34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.
35. Penyakit Paru-ParuKronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.Kriteria berikut mestilah dipatuhi:a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); danb)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; danc)Dsypnoea semasa berehat.
36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinyab)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendonc)Karakteristik elektromiaogramd)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot
Tiada manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum Hayat yang Diinsurankan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang berikutnya


ETIQA MEDICAL CARD



KENAPA HARUS MEMILIH TAKAFUL ETIQA MEDICAL CARD?
1. Hanya dengan menggunakan Kad Perubatan (Medical Card) untuk kemasukan ke panel hospital
2. Ciri-ciri unik Takaful Medic-Save Ridera) Pemeriksaan Pakar (In-Hospital Specialist Visit)b) Kebaikan Penjagaan untuk Kanak Kanak (Guardian Benefit for Insured Child)c) Pendapat Kedua tentang Pembedahan (Second Surgical Opinion)d) Rawatan Kecemasan Pergigian disebabkan Kemalangan (Emergency Accidental Dental Treatment)e) Rawatan Kecemasan disebabkan Penyakit (Emergency Sickness Treatment)f) Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar Outpatient Physiotherapy Treatment (follow-up where there is a physiotherapist besides another during hospitalization
3. Jaminan memperbaharui sehingga ke umur 75 tahun selagi dalam lingkungan had seumur hidup
4. Memiliki ciri-ciri Perkongsian Keuntungan daripada Konsep Perniagaan Takaful
5. Perlindungan meliputi pra kemasukan dan selepas keluar hospital
6. Pelan Perubatan yang mematuhi undang undang Syariah
7. Kemudahan untuk kemasukan panel hospital
8. Mempunyai pilihan untuk ke panel hospital dan jenis bilik
9. Bayaran hanya sebahagian kecil daripada perbelanjaan keseluruhan
10. Perlindungan meliputi pra kemasukan dan selepas keluar hospital
11. Pelan Perubatan yang mematuhi undang undang Syariah
PERATURAN
Takaful Medic-Save Rider boleh di gandingkan dengan Polisi Takaful Keluarga yang baru seperti:
i. Etiqa Mesra
ii. Etiqa Prima
ii. Etiqa Warisan
iv. Etiqa Ehsan
Tempoh menunggu untuk kemasukan ke hospital adalah selama 30 hari dari tarikh kuat kuasa sijil melainkan disebabkan oleh kemalangan
Penyakit-penyakit Khusus yang dinyatakan bermaksud penyakit-penyakit dan komplikasi-komplikasi berikut, berlaku dalam masa 120 hari kepada Peserta:
a) Hypertension, diabetes mellitus dan Penyakit Kardiovaskularb) Semua tumor, kanser, cyst, nodules, polyps, stones of the urinary system dan sistem billiaryc) Semua penyakit berkaitan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekakd) Hernias, hemorrhoids, fistulae, hydrocele, varicocelee) Penyakit Endometriosis termasuk sistem peranakanf) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut
Sumbangan dari Takaful Medic-Save Rider mestilah kurang atau minimum 50% dari jumlah keseluruhan Sumbangan
Kelayakan Penyertaan (pada tarikh lahir akan datang)
Minima:30 hari
Maksima : 59 tahun
Umur Maksima Dilindungi : 75 years old
Cara PembayaranSemua pembayaran mestilah sama dengan Sijil Asas
Contoh: Jika Sijil Asas adalah secara bulanan, maka sama juga dengan Rider.Tempoh perlindungan mestilah sama dengan Sijil Asas atau minima 5 tahun dari tarikh mula, dan maksima 75 tahun, yang mana terdahulu.
PEMBATALAN
Rider ini akan terbatal secara automatik sekiranya:a) Sumbangan tidak dijelaskanb) Polisi paid-up, matang, luput, tidak dibayar atau dibatalkanc) Peserta meninggal atau hilang upaya kekald) Permohonan bertulis daripada peserta untuk membatalkan ridere) Jika tuntutan melebihi had seumur hidupf) Penyakit Vertebro-spinal (termasuk disc) dan sakit lutut
Posted by a.h.i at 4:43:00 PM 0 comments
Labels:


Senarai Pusat Perubatan Yang Terpilih

KUALA LUMPUR
1. Hospital Pantai Indah
2. Hospital Pusrawi Sdn Bhd
3. Hospital Tawakal
4. Pantai Cheras Medical Centre
5. Pantai Medical Centre Sdn Bhd
6. Damai Service Hospital (HQ) Sdn Bhd
7. Damai Service Hospital (Melawati)
8. Institut Jantung Negara Sdn Bhd
9. Kampong Baru Medical Centre
10. Lourdes Medical Centre
11. Sentosa Medical Centre Sdn Bhd
12. Taman Desa Medical Centre
13. UKM Kesihatan sdn Bhd
14. UM Specialist Sdn Bhd

SELANGOR
1. Ampang Puteri Specialist Hospital
2. Damansara Specialist Hospital
3. Darul Ehsan Medical Ehsan
4. Hospital Pakar An-Nur Hasanah
5. Hospital Pusrawi Corporation
6. Hospital Pusrawi SMC Sdn Bhd
7. Hospital Sentosa Sdn Bhd (SMC Kajang)
8. Kajang Medical Centre Sdn Bhd
9. Kajang Plaza Medical Centre Sdn Bhd
10. KPMC Puchong Sdn Bhd
11. Megah Medical Specialist Group sdn Bhd
12. Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
13. Pusat Rawatan Islam Intan
14. Pusat Medical Centre (Sg.Buloh)
15. Salam Medical centre
16. Selangor Specialist (KPJ, formerly known as SMC)
17. Sri Kota Medical Centre
18. Sunway Medical Centre Sdn Bhd

Senarai untuk negeri lain dan yang dinyatakan akan dikemas kini dalam waktu terdekat.

Ap-apa pu hubungi saya untuk keterangan lanjut melalui:

e-mail saya takafulsystem@yahoo.com
hayaziharun@gmail.com

SMS saya untuk temu janji di 010-5150604/018-7700064/018-7700035

Sabtu, 8 Mei 2010

Kelebihan Takaful Etiqa

.
KELEBIHAN TAKAFUL ETIQA

1. Mendapat Manfaat Penyakit Kritikal.
Peserta yang disahkan mendapat penyakit kritikal tahap-3, boleh membuat tuntutan untuk menjalani rawatan hospital.

2. Manfaat Indemniti akibat kemalangan
Sekiranya peserta terlibat dalam kemalangan, boleh membuat tuntutan berdasarkan tahap-tahap kecederaan atau berlaku mana-mana kecacatan terhadap anggota badan.

3. Manfaat Khairat Kematian.
Sekiranya peserta meninggal dunia semasa tempoh polisi takaful masih lagi sah, maka keluarga peserta tersebut boleh membuat tuntutan khairat kematian. Khairat kematian akan diberikan kepada penama (waris) yang tercatat didalam dokumen takaful peserta.

4. Mendapat Manfaat Elaun Hospital.
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari semasa mendapat rawatan. Sekiranya peserta menerima rawatan kurang daripada 6 jam, tidak boleh membuat tuntutan elaun hospital.

5. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah.
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

6. Pengharaman Insurans Konvensional.
Menurut Fatwa KebangsaanSemasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".

7. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat.
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Etiqa Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

8. Bersih Zakat.
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Etiqa Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

9. Pengecualian Cukai Pendapatan.
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Etiqa Takaful akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

10. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah).
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful (win-win situation)

11. Amal Jariah (Tabbaru'at)
FalsafahTakaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

12. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia.
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Etiqa Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

13. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat.
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya. Dengan menyertai pekej skim Etiqa Takaful pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 13 manfaat di atas (13 dalam 1).

Berminat SMS saya di 010-5150604 atau e-mail ke takafulsystem@yahoo.com

Takaful Mesra

Manfaat Utama
•Perlindungan dibolehkan sehingga umur 80 tahun.
• Di akhir tempoh kontrak keseluruhan Akaun Peserta terkumpul akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.
• Sekiranya berlaku kematian, manfaat yang akan dibayar adalah jumlah perlindungan bersama Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan Akaun Peserta.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 5 pembayaran. 10% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan dari Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 10% pada ulang tahun pertama hinggatahun ketiga dan bakinya sebanyak 60% pada tahun keempat dari tarikh keilatan.
• Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyertaan.
• Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukanbukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.Manfaat Perlindungan KomprehensifPakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Pampasan Kemalangan
• Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
• Rider Manfaat Pembayar – Kontrak Juvana sahaja
Kelayakan PenyertaanHad Umur: 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)Tempoh Penyertaan: 5 hingga 79 tahunHad Umur Matang: 80 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Sumbangan Minimum: RM600.00 setahun
Lat Sumbangan:• Tahunan• Setengah Tahunan• Suku Tahunan• Bulanan
Perlindungan Minimum: RM10,000
Pembahagian Keuntungan/LebihanPembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.
Pengecualian Cukai Pendapatan.-Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
*Penting. -Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.

Kata-kata Hikmah"Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dengan keadaan meminta-minta"~Hadith Riwayat Al-Bukhari~"Dan orang-orang yang (hampiri) mati di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka iaitu diberi nafkah saguhati makanan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya"~Surah Al-Baqarah : Ayat 240~

Anda ingin quotation Pelan Etiqa?

Nama Penuh:
No. Handphone :
Email Address:
Tarikh Lahir:
Bajet Anda:
Anda pernah menyertai Pelan Takaful :

E-mail ke takafulsystem@yahoo.com
SMS ETIQA Nama Tarikh Lahir Bajet ke 0105150604

Semua perkhidmatan di atas adalah PERCUMA