Rabu, 11 November 2009

Kita minta di jauhkan tetapi jika berlaku juga.....


Kemalangan boleh berlaku di mana-mana, bila-bila masa dan yang pasti kita tidak mampu untuk mengelak walau siapa pun kita. Persoalannya, bersediakah kita, apa persediaan kita, berapa simpanan kita, siapa yang akan menyara makan minum seluruh keluarga kita. Segala hutang kita, siapa yang akan membayarkan. Atau isteri kita terpaksa bekerja atau membina keluarga baru hanya kerana tekanan hidup. Ini harga sebuah kehidupan, berkorban untuk sesuap nasi atau mendambakan tempat tinggal sekadar untuk melelapkan mata setelah orang tersayang pergi tanpa persediaan yang sepatutnya.
Kita tidak tahu takdir kita, namun yang pasti kita akan makin tua dan sakit. Jika ada orang bertanya untuk apa kita bekerja, tentu sahaja untuk menyara kehidupan keluarga. Keutamaan kita pastinya keluarga. Sayangkah kita dengan keluarga, jawapnya tentu sahaja sayang yang amat sangat. Namun bila ditanya apa persediaan yang utuh untuk sesuatu yang tidak diingini berlaku, jawapnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pejabat Zakat. Fikirkan sementara kita berpeluang untuk bertindak.
Hubungi saya melalui e-mail takafulsystem@yahoo.com atau SMS ke 018-7700064 atau 018-7700035 untuk mendapatkan sebut harga yang paling sesuai. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan