Jumaat, 14 Mei 2010

Mana wang simpanan dalam Etiqa pergi...

AKAUN PESERTA - AKAUN KHAS PESERTA
Baru-baru ini seorang rakan bertanya bagaimana untuk berhenti dari takaful? Jawapannya - dapatkan borang - isi - sign - hantar pada eTiQa - sama ada melalui ejennya sendiri - atau ejen lain yang baik hati untuk uruskan atau datang sendiri ke customer service center eTiQa.

Jadi rakan ini tanya lagi - kalau berhenti berapa banyak duit akan dapat semula? Jawapannya - jumlah terkumpul dalam akaun peserta (savings) setelah ditambah mudharabah. Nilai sebenar savings - bergantung pada berapa banyak sumbangan dan jenis pelan yang dia sertai.

Jadi saya terangkan kepada dia - kalau polisi belum sampai 5 tahun savings dia memang tak banyak. Cuma lebih kurang 45% daripada jumlah sumbangan asas yang telah dibayar selama 5 tahun. Kalau belum 4 tahun lagi sikit - 35% jumlah sumbangan asas.

Lalu rakan ini pun terkejut - saya tak terkejut pun dia terkejut - sebab memang ramai orang tak ambil kisah ke mana pergi duit dia bila dia masuk apa² skim kewangan. Tak kira la insuran, takaful, unit trust, etc..

Mengapa dalam 5 tahun cuma ada 45% sahaja dalam savings? Mana pergi duit lain?

Dalam pelan takaful ada 2 tabung - tabung akaun khas peserta(AKP) dan tabung akaun peserta(AP). Bayaran sumbangan takaful dari peserta (pemegang polisi) akan diagih ke dalam kedua² tabung ini menurut peratusan tertentu yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

AKP - merujuk kepada tabung derma atau tabarru'. AKP menyimpan duit yang akan dibayar sekiranya ada peserta yang ditimpa musibah dan membuat tuntutan.

AP - merujuk kepada tabung simpanan individu peserta. AP menyimpan duit simpanan yang peserta boleh keluarkan bila-bila masa yang diperlukan bergantung pada jumlah terkumpul. Simpanan yang dikeluarkan tidak perlu dibayar balik serta takkan mengurangkan manfaat takaful peserta. AP akan dipulangkan bila peserta tamatkan polisi atau bila polisi matang atau bila berlaku kematian atau hilang upaya pada peserta.

Bagi kebanyakan pelan takaful yang ditawarkan oleh eTiQa - kebanyakan sumbangan untuk manfaat asas bagi tahun pertama sehingga tahun ke-3 akan disalurkan ke AKP. Ini membolehkan peserta mendapat manfaat perlindungan yang banyak. Oleh itu walaupun baru menyertai selama seminggu - ditakdirkan peserta sakit dan lumpuh - dia akan terima puluhan ribu ringgit (kena refer kontrak plan takaful peserta)

Bermula tahun ke-4 sampai tamat polisi - barulah sumbangan untuk AP lebih banyak daripada AKP. Seterusnya bertambah lah simpanan peserta dalam AP dengan nisbah yang lebih tinggi. Seterusnya selepas 17 - 20 tahun jumlah simpanan akan lebih tinggi daripada apa yang dibayar peserta. Sebab itu wakil² takaful tak galakkan berhenti polisi awal².





SIMPATI - SUKA - DUKA
Just nak share sikit pengalaman sepanjang hari - sedikit kisah simpati, suka dan duka....

KISAH SIMPATI

Tengah hari tadi lunch di McD seksyen 9 Shah Alam, sambil tunggu rakan.Kat McD pun ada plug jd bole bukak laptop (actually jarang makan McD sbb mahal compare dengan kedai biasa kat luar.. hehehe)

Tak lama lepas habis lunch, rakan ni pun sampai - baru lepas uruskan orang rumah dia masuk DEMC (Darul Ehsan Medical Center). Isteri dia kena jangkitan kuman - jadi nak buat ultrasonik check bla bla bla... (panjang cerita kalau nak sampai habis).

At first rakan ni tak la risau sangat sebab isteri dia cikgu, dan ada medical plan Ceupacs Care (kalau tak silap cuepacs pakai insuran Great Eastern) Jadi kisahnya, dia agak terkilan sebab DEMC tak approve Ceupacs Care yang isteri dia ada.. Puncanya - Ceupacs Care dah banyak bulan tak bayar (tak bayar atau lambat bayar - lupa lak) jadi DEMC terminate la as Medical Panel untuk Ceupacas Care..

Rakan ni nak buat check kat situ jugak sebab tanak jangkitan kuman tue makin teruk kalau delay².. jadi mahu tak mahu terpaksa la jugak dia bayar deposit kat DEMC. Tau berapa deposit?? RM 2,000!!! Mase dia cerita tu terpikir jugak "kalau aku yang kene memang aku takde la 2K nak deposit, buat takaful pun baru setahun jagung" Harap wife die cepat sembuh dari jangkitan kuman tue..

Femina Special Untuk Wanita
Femina Special adalah pelan perlindungan komprehensif yang akan melindungi wanita-wanita dari penyakit berkaitan wanita dan kemalangan serta kerugian yang ditanggung berkaitan jenayah. I

Beberapa ciri unik Femina Special termasuk perlindungan terhadap kanser wanita, kehilangan wang tunai yang dikeluarkan dari ATM, jenyah ragut serta perlindungan penculikan. Tambahan lagi, Femina Special juga memberi imbuhan kepada anda yang melahirkan anak kembar dua atau lebih melalui Bonus Kemakmuran Keluarga.

Manfaat-manfaat Femina Special

*Tuntutan bayaran balik bagi nilai sebenar perbelanjaan dan ganti rugi

Tertakluk pada terma pengecualian


Sumbangan

Pelan ini adalah sijil yang diperbaharui setiap tahun


Pembaharuan sijil bagi umur 61 - 70 tertakluk kepada syarat Etiqa Takaful Berhad berpuas hati dengan tahap kesihatan peserta

Sertai pelan perlindungan Femina Special hari ini. Lindungi diri anda, isteri anda, ibu anda, nenek anda, anak perempuan anda, staf wanita anda daripada musibah yang tak dijangka.
Hubungi saya melalui email - takafulsystem@yahoo.com atau telefon 010-5150604 untuk maklumat lanjut dan penyertaan.

Nota Penting
Post ini hanyalah merupakan penerangan ringkas sahaja dan tidak menyeluruh. Untuk butiran lengkap tentang tentang pengecualian, terma-terma dan syarat-syarat sila berhubung terus dengan saya



KONSEP TAKAFUL
Berasal dari perkataan arab Kafalah – saling menjamin atau jaminan bersama.
Konsep Insuran Islam yang memenuhi keperluan muamalat dan syariah Islam
Telah diamalkan lebih dari 1400 tahun dalam pelbagai bentuk
Mula berkembang pada awal abad ke-2 hijrah ketika pedagang Arab berdagang ke Asia. Setiap pedagang menyumbang dana tabung perlindungan. Setiap ahli yang menyumbang akan dijamin pampasan jika mengalami kemalangan atau rompakan lanun dalam perjalanan ke Asia.


SEKADAR INGAT MENGINGATI (KERANA KITA CEPAT MENYALAHKAN SYARIKAT)

ADAKAH SEKADAR "MEMILIKI" PERLINDUNGAN INSURANS / TAKAFUL MEMADAI?
Adakah anda pernah membeli perlindungan insurans konvensional atau menyertai pelan perlindungan takaful? Jika jawapan anda "Pernah" maka anda telah memulakan langkah bijak ke arah perancangan kewangan yang sempurna. Namun jika anda beragama Islam sebaiknya sertailah pelan perlindungan takaful agar terlindung juga dari azab akibat riba, gharar dan maisir dalam insurans konvensional.

Bagi yang tidak pernah memiliki pelan perlindungan insurans atau takaful, nasihat saya ialah sertailah sekurang-kurangnya 1 pelan.

Jika anda menjawab "Pernah" cuba jawab soalan-soalan berikut:-

Adakah perlindungan insurans/takaful anda diuruskan sendiri oleh anda? (Penelitian syarat dan terma, Penyertaan/Pembelian, Pembayaran premium/sumbangan)
Syarikat manakah yang menawarkan perlindungan insurans/ takaful yang anda miliki itu?
Apakah nombor polisi perlindungan insurans/ takaful anda?
Berapa bayaran premium/sumbangan tahunan untuk perlindungan insurans/takaful tersebut?
Bilakah tarikh matang polisi perlindungan insurans/takaful itu?
Apakah jenis manfaat yang anda miliki daripada perlindungan insurans/takaful itu dan berapakah amaun bagi setiap manfaat tersebut?
Adakah anda masih membuat bayaran premium/sumbangan mengikut waktu yang dijadualkan?
Siapakah waris anda yang tahu bahawa anda memiliki perlindungan insurans/takaful?
Jika berlaku musibah yang dilindungi dalam polisi insurans/takaful anda siapakah yang anda atau waris anda boleh hubungi untuk membuat tuntutan?
Apakah risiko-risiko yang dikecualikan dalam perlindungan insurans/takaful anda?

Adakah polisi perlindungan insurans/takaful itu masih aktif?

Sekiranya anda memberi jawapan tidak atau tidak tahu atau entah pada mana-mana soalan di atas sebenarnya niat anda untuk mendapatkan perlindungan kewangan masih belum sempurna. Kenapa?

Jika perlindungan insurans/takaful anda bukan diuruskan sendiri oleh anda, besar kemungkinan perlindungan yang anda miliki tidak mencukupi keperluan anda. Khidmat rundingan yang lebih baik mungkin diberikan jika perunding/wakil/ejen anda merupakan seorang affiliates RFP (Registered Financial Planner). RFP adalah golongan professional yang membantu anda merancang kewangan anda.

Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 10 syarikat insurans dan pengendali takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Sekiranya anda tidak tahu dengan syarikat manakah anda berurusan bagaimana anda hendak membuat sebarang tuntunan kelak? Lebih sukar jika polisi perlindungan tersebut "dibeli" melalui ejen palsu.

Nombor polisi merujuk kepada kontrak perlindungan insurans/ takaful anda dengan syarikat insurans/pengendali takaful. Ia mengesahkan bahawa anda memang memiliki kontrak polisi yang sah. Dengan nombor polisi proses membuat tuntutan adalah lebih pantas. Anda juga mudah membuat semakan pembayaran dengan syarikat insurans/pengendali takaful.

Adalah penting untuk anda mengetahui bayaran premium/sumbangan tahunan sebenar untuk perlindungan insurans/takaful anda bagi mengelakkan penipuan oleh ejen palsu yang mengakibatkan premium/sumbangan tertunggak dan polisi luput. Selain itu penyata bayaran tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat boleh dimanfaatkan untuk mendapat pengurangan ke atas cukai pendapatan anda.

Tarikh matang polisi merujuk kepada tarikh akhir polisi berkuatkuasa ke atas orang yang dilindungi. Mengambil contoh En. Razali menyertai perlindungan takaful yang matang ketika umurnya 55 tahun sedangkan beliau memilih untuk bersara pada umur 58 tahun. Dari perspektif perancangan kewangan jangka panjang, beliau mempunyai risiko kehilangan potensi pendapatan selama 3 tahun antara umur 55 sehingga 58 tahun. Sekiranya ketika 55 tahun pendapatan tahunan En. Razali adalah RM50 000, potensi pendapatannya antara 55 hingga 58 ialah RM150,000. Jika berlaku kematian atau hilang upaya selepas polisi tamat ketika dia belum bersara maka beliau akan kehilangan potensi pendapatan sehingga RM150,000. Sebaliknya jika perlindungan takaful en.Razali matang ketika umur 58, risiko kehilangan pendapatan adalah lebih kecil.




Kebanyakan orang membeli insurans/ menyertai takaful tanpa mengetahui apakah manfaat yang diperoleh daripada polisi itu. Kebanyakan iklan, brochure, flyers, banner menyatakan banyak manfaat yang boleh diperolehi dalam satu polisi. Namun begitu tidak semestinya setiap manfaat yang dinyatakan terkandung dalam polisi anda. Dalam kebanyakan kes kemalangan yang berlaku ke atas pemegang polisi insurans/takaful, mangsa menuduh syarikat insurans/pengendali takaful menipu mereka kerana tidak memberi sebarang pampasan akibat kemalangan tersebut. Namun ketika semakan dibuat ke atas polisi mangsa tersebut, polisi itu hanya memberikan perlindungan asas iaitu, musibah kematian, musibah hilang upaya, dan juga simpanan ketika matang. Dalam kes seperti ini syarikat tidak boleh dipersalahkan kerana tidak tertulis dalam kontrak polisi.

Membuat bayaran premium/sumbangan mengikut jadual adalah penting kerana jika anda ditimpa musibah ketika bayaran polisi tertunggak, syarikat berhak untuk tidak memberi manfaat pampasan kepada anda sehingga bayaran tertunggak tersebut dijelaskan. Terma dan syarat ini termaktud di dalam kontrak setiap polisi insurans/takaful dan ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Anda perlu memaklumkan kepada sekurang-kurangnya 2 orang waris yang boleh dipercayai bahawa anda memiliki perlindungan insurans/takaful. Jika tidak besar kemungkinan waris anda tidak akan membuat tuntutan dan memperoleh manfaat yang sepatutnya mereka terima. Jika berlaku kematian juga besar kemungkinan syarikat tidak dimaklumkan, dan akhirnya polisi insurans/takaful akan luput begitu sahaja kerana bayaran tidak dijelaskan.

Dua cara paling mudah untuk membuat tuntutan. 1 - hubungi perunding/wakil/ejen anda. Dengan cara ini pemegang polisi atau waris tidak perlu bersusah payah berurusan secara terus dengan syarikat kerana salah satu tanggungjawab perunding/wakil/ejen ialah membantu pelanggan membuat tuntutan. 2 - jika perunding/wakil/ejen tidak dapat dihubungi atas sebab tertentu seperti diberhentikan oleh syarikat/berada di luar kawasan liputan rangkaian telefon/meninggal dunia(mereka juga manusia yang akan meninggal apabila ajal tiba), maka hubungi syarikat terus. Kebiasaannya nombor telefon syarikat terdapat dalam buku kontrak atau laman web rasmi syarikat.
Bagi mengelak penipuan oleh orang ramai terhadap syarikat insurans/pengendali takaful, beberapa pengecualian dibuat terhadap beberapa risiko. Sebagai contoh, jika anda memiliki kad perubatan, penghospitalan akibat beberapa penyakit tidak boleh dituntut dalam tempoh 30 hari selepas polisi berkuatkuasa dan bagi penyakit kritikal sediaada pengecualian adalah sehingga tamat tempoh polisi kecuali dinyatakan sebaliknya. Walaubagaimanapun penghospitalan akibat kemalangan tidak dikenakan pengecualian dan boleh dituntut serta merta. Dengan ini dapat mencegah penyalahgunaan kad perubatan.

Memiliki polisi insurans/ takaful yang telah luput atau tidak aktif adalah seperti tidak memiliki polisi. Jika tidak memiliki polisi anda tiada hak membuat tuntutan jika berlaku musibah. Jesture, sangat penting untuk anda memastikan bayaran premium/sumbangan dijelaskan supaya polisi sentiasa aktif dan kewangan anda dan keluarga terjamin.

Sekiranya anda tidak dapat menjawab soalan-soalan di atas, sila semak polisi dan kontrak perlindungan insurans/takaful anda.

Jika anda salah seorang klien saya, hubungi saya untuk di'remind' nombor polisi serta manfaat yang anda miliki.

Jika anda belum memiliki atau ingin menambah perlindungan dan jumlah manfaat, hubungilah saya melalui telefon 010-5150604/018-7700064/018-7700035




Renungan Buat Semua
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
Percayailah cinta pandang pertama.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa...
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon... Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.



--------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!

Anda mungkin telah mempelajari sesuatu darinya


KONTRAK JUAL BELI INSURANS KONVENSIONAL HARAM DAN TIDAK SAH
Kontrak jual beli adalah satu kontrak paling lazim dan merupakan asas bagi kontrak-kontrak lain.

Antara rukun kontrak atau muamalah jual beli dalam Islam ialah:

Penjual dan Pembeli
Ijab dan Qabul
Barang dan Harga
Menurut Islam syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun ini adalah penting dan mesti dipenuhi. Hukum jual beli adalah sah jika sempurna rukun-rukunnya dan tiap-tiap rukun itu sempurna syarat-syaratnya.

Contoh antara syarat-syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

Wujud semasa jual beli
Harta yang bernilai dan bermanfaat
Milikan sah
Mampu untuk diserahkan
Mengetahui kuantiti, jenis dan sifat.
Persoalan tentang ciri-ciri barang dalam kontrak insurans ialah ciri-ciri barang tidak dapat memenuhi syarat jual beli dalam Islam. Maka jika satu rukun tidak dipenuhi maka kontrak jual beli itu adalah tidak sah dan terbatal dengan sendirinya.


--------------------------------------------------------------------------------


Selain itu juga Nabi SAW telah mensyaratkan bahawa apabila bermuamalah di antara dua item ribawi yang sama jenis, ia mesti terikat dengan syarat:

Sama Nilai
Diserahkan ketika muamalah dilakukan
Setiap perbezaan nilai adalah diharamkan apabila pencarum kontrak insurans konvensional mendapat pulangan wang dalam jumlah berbeza daripada nilai wang yang dicarum.

Dalam insurans konvensional penangguhan berlaku iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah syarikat insurans akan membayar jumlah tertentu. Semua kontrak insurans konvensional tidak boleh lari dari kesalahan ini.


--------------------------------------------------------------------------------


BAGAIMANA KONTRAK JUAL BELI INSURANS KONVENSIONAL MENJADI HARAM

Insuran konvensional menggunakan aqad pertukaran milik hartayang mana ia menyebabkan ia dikira sebagai aqad jual beli. Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam :

Penjual
Pembeli
Benda yang dijual
Harga
Dalam konteks insuran konvensional ia seperti berikut :-

Penjual : Syarikat insurans
Pembeli : Pencarum
Benda yang dijual : Jaminan kewangan jika terhadap musibah tertentu.
Harga : RM xxx setahun.
Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat Insurans mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual. Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang RM dengan RM. Ketika itu ia sepatutnya menuruti syarat yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu serah terima dan jumlah yang sama. Bagaimanapun, hal ini sudah tentu tidak akan berlaku, kerana :-

Pembeli (pencarum) akan meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah RM jaminan itu pula hanya akan diberikan kemudian. Ini menyebabkan para ulama menganggapnya sebagai Riba Nasiah.
Si pembeli juga tidak tahu beraparakah nilai jaminan yang bakal diperolehinya. Walaupun nilaiannya telah dinyatakan dalam skim insuran ini, tetapi keperluan aqad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapakah nilai yang akan diperolehinya. Maka sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar'. Malah gharar juga dari sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperolehi benda yang dibelinya.
Ia dianggap judi pula, kerana ia mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperolehi sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.
Beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insurans juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mereka adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba dan Gharar.
Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan: Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.
Majma' al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan Haram samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain-lain daripada jenis harta.
Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' al-Fiqh al-Islami) sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan. Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta'awuni) dan mencadangkan ia sebagai alternatif insurans perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing.
Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bagi menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu

--------------------------------------------------------------------------------

Rujukan:
Islamic Banking and Finance Institute Malaysia, IBFIM
www.zaharuddin.net


----------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan